Assalam....
Pulau Langkawi yang memang terkenal dgn pulau perlancongan yang mengamit jutaan pengunjung yg mengunjunginya saban waktu. Terkenal dengan keindahan pulau pulaunya, terkenal dengan 'Geopark'nya dan juga syurga membeli belah barangan bebas cukainya.
Dengan kepesatannya yang amat ketara, maka bertambah lah peluang pekerjaan dr segala sektor seperti sektor perlancongan dan juga pusat membeli belah yang memerlukan tenaga kerja yang ramai. Begitu juga pertambahan tenaga kerja di bidang perkhidmatan awam.
Tetapi apabila bertambahnya tenaga kerja, maka bertambah lah permintaan untuk keperluan rumah sewa mahu pun bilik sewa. Teringat pengalaman sendiri ketika mula mula menjejakan kaki ke pulau ini lebih kurang 5 tahun yang lepas. Hampir setahun suami mencari rumah sewa namun tiada. Jadi terpaksa lah kami sekeluarga menyewa di sebuah bilik dgn kadar sewa rm250/bulan. Nasib baik lah kami hanya 3 beranak shj. Bayangkan jika keluarga yg ramai.
Kini sudah 5 tahun berlalu, rupanya masalah ini masih sama. Makin bertambah buruk apabila kebanyakan tuan punya rumah sewa atau pun bilik membuat sewaan secara harian. Lebih jelas lagi 'homestay dan juga roomstay'. Mungkin disebabkan pihak penyewa tidak mahu mengambil risiko penyewa lari malam dan juga bil api/air yg ditinggalkan mencecahkan ribuan ringgit. Begitu juga atas faktor kerosakan banggunan yg terpaksa ditanggung oleh penyewa. Ini yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Menyedari hakikat ini, saya terlintas untuk memajukan industri ini. Walaupun risiko dan modal yg besar, tetapi cuba utk mengambil peluang yg tersedia. Mungkin masa aje belum mengizinkan, tetapi InshaAllah dgn izinnya akan saya usahakan. Doakan hasrat saya ini tercapai.
Sekian, wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan